Bokser Jerman
Bokser Jerman

Bokser Jerman

Bokser Jerman[lower-alpha 1] atau hanya bokser[lower-alpha 2] ialah satu baka anjing berbulu pendek sederhana hingga besar daripada jenis mastif yang dikembangkan di Jerman. Lapis bulunya licin dan ketat; warnanya ialah perang kekuning-kuningan atau brindle, atau putih, dengan tanda-tanda putih atau tanpa tanda-tanda putih. Bokser berkepala pendek (bertengkorak lebar dan pendek), mempunyai muncung segi empat sama, prognatisme rahang bawah, rahang sangat kuat, dan gigitan berkuasa yang ideal untuk berpaut pada buruan besar. Bokser dibiakbakakan daripada buldog lama Inggeris dan bullenbeisser yang kini pupus melalui pembiakbakaan silang dan bukan melalui kemerosotan baka. Bokser ialah anggota Kumpulan Pekerja bagi kedua-dua The Kennel Club dan American Kennel Club (AKC).[4]Kelab bokser pertama ditubuhkan pada tahun 1895 dengan bokser yang pertama kali dipamerkan dalam pertunjukan anjing untuk anjing Santo Bernard di Munich pada tahun berikutnya. Berdasarkan statistik American Kennel Club tahun 2013, bokser kekal sebagai baka anjing ketujuh paling popular di Amerika Syarikat selama empat tahun berturut-turut.[5] Menurut tapak web AKC,[6] bokser kini baka anjing ke-11 paling popular di Amerika Syarikat.

Bokser Jerman

Negara asal Jerman
Tinggi Jantan
Berat Jantan
Bulu pendek, berkilat, licin, rapat
Saiz perinduk purata 6–8 ekor
TraitBeratTinggiBuluWarnaSaiz perindukJangka hayat
Trait
BeratJantan30–32 kg (66–70 lb)[1]
Betina25–27 kg (55–60 lb)
TinggiJantan56–64 cm (22–25 in)[2]
Betina53–61 cm (21–24 in)
Bulupendek, berkilat, licin, rapat
Warnaperang kekuning-kuningan atau brindle, dan putih
Saiz perindukpurata 6–8 ekor
Jangka hayatpurata 9–15 tahun[3]
Pengelasan dan piawaianFCI
Pengelasan dan piawaian
FCIKumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}}(Piawaian)
Jangka hayat purata 9–15 tahun[3]
Warna perang kekuning-kuningan atau brindle, dan putih
Nama lain Bokser
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}}

Rujukan

WikiPedia: Bokser Jerman http://users.pullman.com/lostriver/breeddata.htm https://www.thekennelclub.org.uk/breed-standards/w... http://www.akc.org/dog-breeds/boxer/#standard http://www.akc.org/news/the-most-popular-dog-breed... http://www.akc.org/dog-breeds/boxer/ https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/144g02-e... http://www.worldwideboxer.com/PAGE6.html https://web.archive.org/web/20061004125143/http://... https://web.archive.org/web/20170908134800/http://... https://web.archive.org/web/20060823081942/http://...